ADUAN PELAJAR/REMAJA ZAMAN INI
1. APABILA GAGAL 1 atau 2 SUBJECT DALAM UJIAN PERCUBAAN
Ibu bapa sentiasa melemahkan semangat anak-anak dengan menghina,memperendahkan tahap anak-anak serta membandingkan anak mereka dengan anak lain yang lebih berjaya berbanding anaknya. Hal ini menyebabkan anak patah semangat atau pun lost hope kerana anak berasa dirinya tak berguna ataupun tak memberi apa-apa kebaikan kepada keluarganya. Oleh itu ibu bapa sepatutnya memberi galakan sokongan ataupun menegur dengan cara yang lebih sistematik seperti memberi nasihat yang meliputi aspek seperti terdapatnya teguran dan juga sokongan untuk menyedarkan anak serta tidak mematahkan harapan anak untuk terus melakukan sesuatu. Tetapi bukanlah perkara yang keji atau jahat pulak. Dengan cara ini,bukan sahaja dapat memberi sokongan dan dorongan malah dapat merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak untuk membentuk keluarga yang bahagia.
2.APABILA PELAJAR MENDAPAT KEPUTUSAN KURANG MEMUASKAN HATI IBU BAPA
Apabila ibu bapa menerima slip peperiksaan daripada guru dan mendapati bahawa keputusan yang dicapai anaknya tidak memuaskan,semua kata-kata yang dapat melunturkan semangat anak ataupun yang dapat mematahkan harapan anak akan dilontarkan kerana mereka berfikir dengan cara itu ianya dapat membuat anak mereka sedar. Sebenarnya cara itu salah meskipun terdapat keluarga yang berjaya menggunakan cara itu. KENAPA? Kerana semua itu dapat meningkatkan tahap tekanan kepada anak dan membuatkan anak anda kurang focus dalam belajar. Sepatutnya ibu bapa haruslah bertanya terlebih dahulu sebelum melontarkan perkataan yang dapat mematahkan semangat anak anda. Lalu pertimbangkan hukuman ataupun berfikir terlebih dahulu apa yang harus dilakukan agar dapat memperbaiki keputusan pada yang akan datang. Mungkin dengan menghantarnya ke mana-mana pusat pembelajaran tuition ataupun memberi sokongan serta dorongan untuk anak lebih berusaha. Jadi jangan salahkan anak anda jika anak anda menjadi lebih teruk apabila menggunakan cara yang salah untuk menegur anak. Jadi fikirlah sejenak sebelum merosakkan masa hadapan anak anda. Jangan kerana perbuatan tuan/puan anak anda yang menanggung padahnya. Renung-renungkanlah apa yang telah saya failkan dalam blog ini. Jadi tegurlah anak anda dengan cara yang lebih sistematik.
APA-APA HARUSLAH DIBAWA TENANG




